SEBANYAK 125 kes
positif Covid-19 direkodkan semalam, dengan Selangor mencatatkan kes yang
paling tinggi. Manakala 12 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Menteri Kesihatan,
Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah kes baharu itu menjadikan keseluruhan
kes positif di Malaysia adalah 553 kes setakat 12 tengah hari semalam.
“95 kes baharu yang
disahkan itu adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri
Petaling, termasuk tiga yang menerima rawatan di ICU.
Loading...
Beliau berkata,
negara ketika ini berdepan pertambahan kes Covid-19 yang ketara dan mengambil
kira perkara itu, KKM memasuki pembendungan akhir jangkitan.
“KKM sedang
melaksanakan aktiviti mitigasi. Antara langkah diambil adalah menjadikan
Hospital Sungai Buloh (HSB) sebagai hospital khusus kes Covid-19 berdasarkan
kelengkapan makmal dan kepakaran,” katanya.
Ditanya mengenai
keperluan perintah berkurung diadakan berikutan peningkatan kes yang serius, Dr
Adham berkata, pihaknya kini sudah berada di tahap mitigasi.
Loading...
Katanya, Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman penting malam ini
mengenai sebarang kemungkinan sama ada perintah berkurung di negara ini. - BH
Online
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment