- Elaun kepada 10 ribu pelajar Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS dipercepatkan dari 5 April 2020 kepada 25 Mac 2020. Data internet secara one-off RM50 untuk menyokong pembelajaran digital "Google Classroom" oleh ILKBS dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
- Peruntukan RM100 ribu kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam membantu OKU dan Gelandangan belia menerusi program Relawan MBM.
- Peruntukan RM100 ribu bagi menyokong dan membantu bekas atlet melalui Yayasan kebajikan Atlet Malaysia (YAKEB) sepanjang tempoh PKP.
- Pengecualian bayaran selama enam bulan untuk penggunaan premis KBS di bawah seliaan Jabatan Belia dan Sukan (JBSN) seluruh negeri.
Loading...
- Pekerja Sambilan Harian (PSH) di KBS diberi pembayaran penuh sepanjang tempoh PKP.
- Pembayaran penuh elaun praktikal untuk pelajar latihan industri KBS di bawah KBS bagi Mac 2020.
- Kemudahan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di Cheras telah menempatkan 41 peserta program MyCorps yang tiba dari Bangladesh dan Nepal bagi tujuan kuarantin. Mereka diberi keperluan makanan percuma sehingga dibenarkan pulang. KBS beri kemudahan / fasiliti untuk digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau mana-mana agensi berkaitan menangani penularan COVID-19.
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment