Saya puji langkah
Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan pihak swasta untuk menyediakan khidmat
kepada orang awam yang tidak mempunyai gejala untuk menjalani ujian Covid-19 di
rumah tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan.
Bagaimanapun, saya
tidak setuju sama sekali bahawa Rakyat golongan B40 dan M40 perlu tangguung kos
ujian tersebut dengan membayar syarikat swasta yang dilantik.
Matlamat
perkhidmatan ini ialah untuk menggalakkan dan menyenangkan Rakyat yang bimbang
mereka telah terdedah kepada risiko dijangkit Covid kerana pernah ada kontak
rapat dengan mereka yang telah disahkan positif atau pernah terdedah kepada
hotspot jangkitan untuk disarang secepat mungkin.
Kita mahu
menggalakkan seramai mungkin Rakyat yang percaya mereka terdedah kepada risiko
jangkitan untuk menjalani saringan tanpa mereka bimbang segi kos.
Loading...
Sebab itu, kos ujian
ini patut ditanggung oleh kerajaan ataupun bersama dengan pihak swasta.
Rakyat yang bimbang
tak patut dikenakan bayaran.
Ini bukan masa bagi
pusat perubatan pihak swasta atau syarikat insurans diberi peluang untuk
mengaut keuntungan berlebihan dari Rakyat.
Rejim Gagalkrasi PH
dahulu pernah menandatangani kontrak dengan Syarikat Insurans 100% milik
Singapura untuk mewujudkan program MySalam dengan membayar RM400 juta setahun
untuk 5 tahun.
Loading...
Program MySalam
rejim PH ini terbukti amat gagal tahun lepas.
Kerajaan PH bayar
RM400 juta tetapi Rakyat hanya dapat balik bayaran RM13.7 juta (3.4% dari RM400
juta) pada tahun pertama (2019).
Hanya 9,662 (0.22%)
dari 4,300,000 orang golongan B40 menerima manfaat pada tahun pertama 2019 .
Oleh kerana amat
gagal, program MySalam telah dilanjutkan kepada golongan M40 bermula tahun ini.
Ini bermakna selain
menerima bayaran RM400 juta bagi tahun ini, syarikat insurans tersebut juga
diberikan DATA PERIBADI 9 juta rakyat Malaysia untuk menjalani promosi
produk-produk itu. https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156764556365952
Syarikat insurans
ini adalah antara terbesar di Malaysia dan mencatat keuntungan tahunan sebanyak
RM800 juta.
Loading...
Sebab itu, mereka
mampu dan patut menyumbang lebih banyak kepada Rakyat di bawah skim MySalam
dalam tempoh krisis ini.
Dengan ini, saya
cadangkan kerajaan berunding semula dengan kumpulan-kumpulan perubatan swasta
dan syarikat insurans yang mengendalikan skim MySalam itu supaya mereka
membiayai kos penuh atau berkongsi kos dengan kerajaan bagi menyediakan ujian
Covid percuma bagi Rakyat yang bimbang mereka berjangkit.
Jika kos sebenar
(bukan harga yang dicaj) ujian setiap orang adalah RM100 dan 1 juta Rakyat
diuji pun, jumlah kos adalah RM100 juta - iaitu jauh dibawah kos RM400 juta
yang dibayar kerajaan setiap tahun bagi skim MySalam.
Oleh kerana database
B40 dan M40 sudah wujud di bawah skim MySalam serta BR1M/BSH, ianya bukan
masalah besar untuk memberi ujian percuma kepada mereka.
Kita tidak mahu
mereka elak diuji kerana bimbang perlu membayar..
Lagi awal dan lagi
ramai Rakyat yang berisiko diuji, lebih cepat mereka mendapat rawatan dan
diasingkan bagi menghalang mereka menjangkit orang lain. - NAJIB RAZAK
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment