Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, April 1, 2020

COVID-19: Ambil peluang proses air ketum di rumah ketika PKP



SHAH ALAM: Polis berjaya menahan 10 lelaki ketika asyik berjudi dan memproses air ketum di dua rumah berasingan dalam satu pangsapuri yang sama di Seksyen 24, di sini petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ramsay Anak Embol, berkata kesemua suspek dipercayai mengambil peluang menjalankan kegiatan itu sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula iaitu 18 Mac lalu susulan penularan wabak COVID-19.

“Polis Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Shah Alam menyerbu dan menangkap lapan lelaki ketika leka bermain judi daun terup, serta merampas 52 keping kad daun terup dan wang tunai RM 29 kira-kira jam 5.30 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan.

Ramsay berkata, bertindak di atas maklumat suspek yang ditangkap tersebut, sebuah lagi rumah di lokasi berhampiran diserbu dipercayai digunakan untuk memproses air ketum.

Loading...


“Polis menahan dua lelaki di rumah terbabit yang sedang memproses air ketum serta merampas dua bekas berisi rendaman dedaun dipercayai daun ketum serta tiga botol disyaki berisi air ketum.

“Dalam pemeriksaan lanjut di rumah kosong pangsapuri itu, polis turut menjumpai dan merampas satu bekas mengandungi rendaman daun ketum dan empat bungkus plastik sampah berisi daun ketum.

“Rumah itu dijadikan tempat pemprosesan air ketum yang dipasarkan dengan harga RM20 sebotol dan kegiatan ini dipercayai baru dua minggu beroperasi,” katanya.

Beliau berkata, semua ditahan berumur antara 20 hingga 30 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau.

“Kes ini disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka , Akta Racun dan di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya. - BHONLINE/BULETIN3



Join our Telegram Channel
Telegram


Loading...

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages