Saya merayu secara
peribadi kepada kira-kira 4,000 peserta perhimpunan tabligh antarabangsa di
Masjid Jamek Sri Petaling yang masih tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa
serta mereka yang pernah berhubung dengan mereka termasuk ahli keluarga mereka.
Penyakit Covid-19
ini berbeza dengan lain.
Walaupun kamu tak
rasa sakit atau langsung tidak ada gejala penyakit Covid, ini tidak bermakna
kamu bukan risiko kepada orang lain.
Ini ialah kerana
bukan semua orang akan jatuh sakit ataupun hanya ada gejala ringan walaupun
telah dijangkit.
Loading...
Tetapi kamu masih
berisiko kepada orang lain kerana kamu boleh menjangkiti orang sekeliling.
Untuk makluman, KKM
telah berkolaborasi dengan pihak swasta bagi perkhidmatan pengambilan sampel
COVID-19 di rumah. Dengan kolaborasi ini, orang awam yang tidak mempunyai
gejala boleh menjalani ujian COVID-19 di rumah tanpa perlu hadir ke fasiliti
kesihatan.
Perlu ingat, kamu
tidak menyalahi apa-apa undang-undang dan tidak akan dihukum atau dikenakan
apa-apa tindakan kerana perhimpunan itu tidak pernah diharamkan oleh kerajaan
PH dahulu.
Sebab itu, sila
berhubung dengan KKM melalui hotline mereka dengan segera untuk disaring:
03-8881 0200
03-8881 0600
03-8881 0700
Walaupun didapati
negatif setelah disaring, ianya juga lebih selamat bagi semua jika kamu
kuarantin diri untuk tempoh 14 hari. - NAJIB RAZAK
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment