Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday, March 21, 2020

Covid-19 : "Dah minum ratusan sudu sawit pun belum cukup bijak ke?" - Najib Razak



Kenapa aktivis sesudu sawit ini tak mengikut teladan Tun Mahathir?

Tun Mahathir mendedahkan beliau kini menjalani kuarantin 14 hari secara sukarela di kediamannya selepas mempunyai kontak rapat dengan Ahi Parlimen DAP Kelvin Yii yang disahkan positif Covid-19.

Tun Mahathir turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai hubungan rapat dengan individu positif Covid-19 supaya akur dan patuh dengan langkah kuarantin.


Loading...


Semalam, Teresa Kok dedahkan dia mengambil inisiatif membuat ujian Covid-19 susulan ujian yang terhadap dua Ahli Parlimen DAP yang didapati positif baru-baru ini termasuk Kelvin Yii.

Walaupun ujian pertama Teresa adalah negatif, ini tidak bermakna ujian serterusnya tidak ada peluang menjadi positif pula.

Sebab itu, dia patut ikut nasihat dan teladan Tun Mahathir serta ikut "best practise" dunia untuk kuarantin diri selama 14 hari.

Semalam, dia dedahkan dia ada hubungan rapat dengan dua orang yang disahkan positif Covid-19.


Loading...


Semalam, Teresa muat naik gambar FB untuk suruh semua orang patuhi perintah kawalan pergerakan dan duduk di rumah.

Hari ini pula, Teresa merayau keluar dari rumah tanpa topeng muka (lihat gambar) untuk mendapat rawatan tradisional di rumah seorang warga negara China pula.

Lalu, dia buat posting FB bahawa rawatan dia bukan sahaja mampu membantu sakit pinggang dan kaki dia tetapi mampu membuat dia lebih bijak pulak!

Malah, dia kata perintah kawalan pergerakan ini ada hikmahnya kerana kini dia ada peluang untuk berkenal dengan kawan baru!

Kenapa dengan Ahi Parlimen DAP Teresa ni?

Sudah minum ratusan sudu sawit pun belum cukup bijak ke? - NAJIB RAZAK



Join our Telegram Channel
Telegram


Loading...

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages