Saya tahu dan faham
ramai yang akan dukacita dan bertambah risau bahawa tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan 2 minggu lagi ke 14 April.
Namun percayalah
kamu bahawa krisis yang sedang dihadapi oleh negara pada masa ini adalah sangat
luar biasa dan tidak pernah dihadapi oleh negara sejak negara kita Merdeka.
Saya percaya juga
bahawa kerajaan PN tiada pilihan lain dan terpaksa melanjutkan tempoh PKP ini
walaupun mereka sedar bahawa cabaran yang dihadapi oleh Rakyat dan ekonomi kita
tidak kurang besarnya.
Saya juga percaya
bahawa ada kemungkinan bahawa tempoh PKP ini boleh dipendekkan jika situasi
Covid dan jumlah kes harian menunjukkan kemajuan yang lebih baik dari apa yang
diramalkan kerajaan.
Memandang
perlanjutan PKP ini, kerajaan PN perlu mempersegerakan pakej rangsangan ekonomi
yang dijangka hanya diumum 5 hari lagi pada 30 Mac dan meningkatkan usaha untuk
memastikan kitaran wang dalam ekonomi serta bekalan makanan dan barangan asas
tak putus.
Loading...
Jika boleh, jangan
tunggu hingga 30 Mac untuk diumumkan sekaligus.
Umumkan bantuan
sebaik sahaja ianya telah dipastikan dan diluluskan.
Pada 30 Mac,
kerajaan PN masih boleh kumpul dan ulang semula apa yang pernah diumumkan pada
hari-hari sebelumnya dalam ucapan pakej rangsangan ekonomi hari itu.
Sekali lagi, saya
paparkan empat perkara yang patut dijadikan keutamaan kerajaan di sini:
Satu lagi langkah
kerajaan yang patut diambil untuk memastikan kitaran wang dalam Malaysia tak
henti dan juga untuk mengurangkan tekanan ke atas perniagaan-perniagaan dan
pekerja mereka ialah kerajaan patut mempecepatkan bayaran kerajaan kepada
pembekal-pembekal dan kontraktor kerajaan yang memerlukan bayaran ini untuk
membayar pekerja-pekerja.
Loading...
Golongan ini bukan
kecil. Ramai rakyat yang akan terkesan jika bayaran lambat diterima.
Jangan sekali
dibiarkan bayaran ini menjadi lewat walaupun saya tahu ramai staf kerajaan yang
mungkin terkesan oleh larangan pergerakan dan ini mungkin menjadi satu
rintangan untuk memproseskan bayaran.
Cari jalan untuk
mempercepatkan proses bayaran kerajaan.
Wang ini memang
patut dibayar pun. Cuma tengok masa untuk dibayar.
(Jangan bimbang ada
kemungkinan berlakunya salah bayar kerana kerajaan masih boleh ambil tindakan
selepas krisis Covid berakhir. Pihak yang disalah bayar tak lari ke mana.)
Langkah
mempercepatkan bayaran ini tidak perlu lulusan atau pindaan kepada bajet negara
kerana ini bukan bajet tambahan atau peruntukan baru.
Cuma perlu kerajaan
lebih peka kepada impak dari perkara ini. NAJIB RAZAK
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment