Kepada tuan-tuan
tanah, tuan rumah, tuan kedai, tuan ofis, tuan shopping kompleks, tuan pemilik
teksi dan lain-lain pihak yang mengutip sewa:
Saya faham bahawa
tiada undang-undang yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk menghalang
tuan-tuan dari menuntut sewa bulanan dari penyewa masing-masing.
Namun, bank-bank
sudahpun membenarkan bayanran ansuran ditangguh selama 6 bulan.
Sebab itu, saya
harap tuan-tuan yang baik hati boleh bertimbang untuk memberi diskaun sewa
sehingga 90% (kerana saya faham bank masih mengenakan faedah dalam tempoh
tangguhan ini) mengikut kemampuan tuan-tuan ataupun mengecualikan sewa kepada
penyewa pada tempoh krisis Covid ini.
Loading...
Tiada kebaikan
kepada tuan-tuan juga jika pelanggan tuan-tuan terlingkup pada masa yang amat
susah ini.
Jika tuan-tuan
tendang keluar penyewa kerana tak bayar sewa pun, tiada pelanggan baru yang
akan ganti sewa pada masa susah ini.
Kita saling
bantu-membantu pada masa susah.
Kita jaga kita. -
NAJIB RAZAK
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment