Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, March 16, 2020

Guna Kad Pengenalan Palsu Dalam Pemilihan Bersatu Cawangan Pandamaran


KLANG : 1 laporan polis telah dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor selepas mendapati tujuh individu menggunakan kad pengenalan palsu ketika pengundian pemilihan Bersatu cawangan Pandamaran.

"Kes disiasat di bawah seksyen 419 KK (Menipu dengan jalan samaran)." kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli.


Loading...

Laporan berkenaan dibuat oleh wakil jawatankuasa Pemilihan Bersatu Cawangan Pandamaran.

Dalam laporan dikatakan terdapat tujuh individu telah mengemukakan kad pengenalan palsu pada sesi pemilihan Bersatu cawangan Pandamaran.


Loading...

Individu-individu ini menggunakan kad pengenalan palsu yang tertera nama orang lain yang dilekatkan di atas kad pengenalan tersebut.

Sementara itu, menurut sumber parti berkenaan, perbuatan mengundi menggunakan kad pengenalan palsu itu berjaya dikesan sewaktu pemberian kertas undi.



Join our Telegram Channel
Telegram


Loading...

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages