Semalam kerajaan
telah umumkan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat
susulan penularan wabak COVID-19.
Ini termasuk
membenarkan pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 KWSP berjumlah maksimum
RM500 setiap bulan bagi tempoh setahun.
Sebagai permulaan,
langkah ini adalah tindakan yang baik bagi membantu golongan rakyat yang
terkesan akibat hilang pendapatan atau berkurangan disebabkan COVID-19.
Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa pertimbangan yang wajar diberikan perhatian dalam
pelaksanaannya seperti :-
Loading...
(i) Tempoh
permohonan bermula 1 April dilihat terlalu lambat dalam kepantasan krisis
Covid-19 ini beri kesan kepada rakyat. Ini kerana pihak KWSP telah memaklumkan
bahawa pemindahan pengeluaran kepada akaun bank pemohon hanya akan bermula pada
bulan Mei sedangkan pada masa ini pun telah ramai hilang pekerjaan atau mata
pencarian terutama di sektor aviasi, pelancongan, minyak & gas dan
lain-lain.
Akhirnya pemohon
perlu tunggu lebih dari sebulan - selepas mula Ramadhan - sebelum dapat terima
dan menggunakan wang tersebut. Terlalu lambat.
Maka, Kerajaan perlu
melihat semula proses ini dan sebaiknya memudahkan urusan pengeluaran wang
tersebut.
(ii) Tidak semua
golongan yang memerlukan bantuan mendesak ada caruman KWSP, terutamanya
golongan B40 dan luar bandar. Tiada pengumuman bantuan secara khusus kepada
golongan ini.
Loading...
(iii) Tiada guna
jika pengeluaran KWSP habis dibelanja untuk bayar hutang sedangkan pendapatan
bulanan sudah sangkut. "Cash in, cash out". Kita sedia maklum
moratorium hutang bank yang disuarakan sebelum ini sudah mula beroperasi tetapi
hakikatnya proses itu masih boleh dipermudahkan. Sepertimana disebut Khairul
Azwan Harun masih ramai golongan B40 mendapat asakan dan desakan membayar
hutang bank. Perlu ada dasar menyeluruh yang kreatif untuk memberi moratorium
automatik kepada golongan tertentu.
Kredit kepada
Kerajaan, saya yakin mereka maklum perkara-perkara ini, dan telah pun
mengumumkan bahawa akan ada pakej lebih lengkap pada 30 Mac kelak. Dan kita
rakyat Malaysia juga perlu iktiraf bahawa cabaran sekarang adalah senario
sangat luar biasa.
Kita menanti dengan
semangat optimis bahawa Kerajaan mendengar segala keluhan dan maklumbalas
pelaksanaan ke arah satu pelan tindakan menyeluruh yang amat-amat diperlukan
saat ini.
Pada hemat saya
kegawatan 1997/98 tidak sedrastik atau mendadak apa yang mungkin kita hadapi
sekarang. Tetapi jika Kerajaan bertindak tangkas, berani dan luar kotak lazim,
insya Allah kita akan melaluinya bersama dengan semangat Malaysia yang satu. -
SHAHRIL SUFIAN HAMDAN (KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA)
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment