![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjoRx-Tso9csWtfWyoQh7j_OUJT5lOlIbmKQqGtWb7PbC6YJQf9dcS5bqAqOkBXVbbiQE3L3APJg1eFRnx1Dhdfju-B2LNK5lGx1jB6sE1kbz8P9Ry-L5W76mVJ1dqXyynvd5rWZ-lHGqQ/s640/coronavirus-south-korea-us-bases-military-warning+%25281%2529.jpg)
SEOUL: Kerajaan
Korea Selatan merancang untuk membawa pulang rakyatnya dari Wuhan, China dengan
kadar segera.
Rakyat negara itu
yang kini berada di Wuhan dikatakan telah memohon pertolongan kerajaan untuk
membawa mereka pulang dari wilayah itu, kata Perdana Menterinya, Chung Sye-kun
.
Rakyat Korea Selatan
turut menegaskan kerajaannya bertanggungjawab untuk melindungi rakyatnya
walaupun mereka berada di luar negara.
“Kami merancang
untuk menghantar pesawat yang disewa pada 30 dan 31 Januari ini bagi membawa
pulang rakyat kami yang kini berada di Wuhan, China.
Loading...
“Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk melindungi rakyat kami di luar negara,”
katanya dalam satu sidang media pada Selasa.
Menurut Chung lagi, apabila
sudah dibawa pulang ke Korea Selatan, usaha kuarantin akan dikukuhkan bagi memastikan penularan wabak itu dapat dihalang.
Pada masa sama,
kerajaan Korea Selatan juga akan menghantar bekalan topeng muka ke China untuk
menjaga hubungan baik antara dua negara.
Korea Selatan
termasuk Jerman, Thailand, Taiwan, Jepun, Vietnam, Singapura, Malaysia, Nepal,
Perancis, Kanada, Australia, Sri Lanka dan Amerika Syarikat telah mencatatkan
kes jangkitan yang berasal dari China.
Angka kematian di
China akibat penularan wabak koronavirus terus meningkat kepada 106 orang.
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment