Tulisan : Dr Abdul
Rahman Kadir.
𝐃𝐀𝐑𝐊
𝐅𝐀𝐂𝐄 𝟐
𝐅𝐀𝐂𝐄
𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐑
𝐀𝐃𝐇𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐁𝐀
Ramai sahabat yang
mesej saya bertanya tentang beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh YB
Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Adham Baba (YBMK).
Ya. Memang benar,
sayalah di dalam gambar tersebut mengiringi tinjauan YBMK ke Jabatan Kecemasan
Hospital Melaka.
Tinjauan itu berlaku
pada jam 4 pagi!
Ya betul...bukan
typo. EMPAT PAGI.
YBMK menceritakan
kepada saya tentang jadual harian beliau semalam. Seawal jam 7 pagi, beliau
sudah berada di pejabat Menteri.
Loading...
Selepas itu beliau
menghadiri Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara. Kemudian meninjau pula MAEPS
sebagai persediaan menghadapi gelombang ke 3 Covid-19.
Setelah itu beliau
bergegas ke Simpang Renggam. Kemudian beliau pergi meninjau Hospital Permai, JB
sebelum akhirnya pulang ke Putrajaya pada jam 12 tgh malam.
Sempat beliau masuk
meninjau ke Hospital Melaka pula selepas itu.
Agak lama saya
berborak dengan YBMK.
Beliau bertanya
tentang kesiapsiagaan hospital dalam menghadapi Covid-19.
Saya menceritakannya
dan beliau mendengar dengan tekun.
Beliau seorang yang
sangat merendah diri. Bercakap kepada beliau ibarat seperti seorang adik
bercakap dengan abang saja rasanya.
YB menceritakan
tentang perkara-perkara yang telah beliau lakukan sejak memegang kuasa. Beliau
sangat passionate menceritakan langkah-langkah yang telah dilakukan beliau
sebagai usaha meratakan lengkungan epidemik.
Loading...
Sungguh dahsyat
semangat dan komitmen beliau. Beliau sedar ada yang mengkritik beliau, tetapi
beliau yakin akan dapat membisukan pengkritik beliau dengan menguruskan wabak
Covid ini dengan cemerlang.
Sebenarnya saya ada
dipelawa oleh pegawai khas YBMK untuk berjumpa beliau beberapa hari selepas
beliau mengangkat sumpah. Malangnya tidak kesampaian kerana Perintah Kawalan
Pergerakan sudah berkuat kuasa.
YBMK
sempat berseloroh dengan berkata, tengok, i nak jumpa dengan you, tapi takdir
Allah, i yang datang tempat you. 🤣🤣🤣🤣
Kemudian YB
menceritakan beberapa strategi besar yang akan dilakukan oleh KKM dalam
memerangi wabak ini habis-habisan. Biarlah YBMK sendiri umumkannya nanti.
Tetapi bagi saya, ia sangat-sangat positif dan meyakinkan.
YBMK nampak tetap
bersemangat sepanjang tempoh beliau berada di Hospital Melaka. Sungguhpun pasti
beliau penat, beliau langsung tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk tidak
menyantuni petugas-petugas kesihatan.
Beliau menyapa
kebanyak mereka dan memberi kata-kata semangat dan mengucapkan terima kasih
kerana berkhidmat demi negara.
Sempat juga beliau
lihat keputusan darah seorang pesakit. Nampak baca renal profile pesakit
sedikit terjejas. Pesakit juga kelihatan ‘kering’ (dehidrasi).
YBMK
bertanya apa yang perlu kita nasihatkan pesakit. Saya pun jawab secara
berseloroh, “Kena nasihatkan pesakit minum air suam.” 🤣🤣🤣🤣
YBMK dan saya bantai
gelak sama-sama.
YBMK
kata, “Kan? Kita nasihat orang minum air je pun. Diorang spin sampai macam saya
nasihat minum benda salah. Karut sungguh.” 🤣🤣🤣🤣
Loading...
Demikianlah serba
sedikit tentang tinjauan mengejut YBMK ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka.
YBMK kata beliau
akan datang lain kali secara rasmi setelah wabak Covid ini terkawal.
YBMK
kemudian menjemput saya melawat beliau di Putrajaya. Saya hanya tersengih di
sebalik mask. Dengan kesibukan menangani Covid, mana mungkin kami berdua ada
masa untuk berjumpa. 😅😅😅😅
YBMK sempat
bergurau, “Kalau kita jumpa, kamu yang kena belanja saya tau. Saya takde gaji 2
bulan ni.”
Kami ketawa lagi
sebelum YBMK menaiki kenderaan rasmi lalu bergegas pulang ke Putrajaya.
Sempat saya berpesan
kepada beliau supaya berehat jika ada kesempatan. Beliau perlu terus sihat dan
kuat untuk menerajui kementerian di saat yang sebegini sukar. Kesukaran yang
tak pernah dihadapi oleh mana-mana pemimpin Malaysia sejak Merdeka sehingga kini.
Beliau hanya tersenyum.
Jam ketika itu
menunjukkan 4.30 pagi.
Hari ini jam 7.30
pagi, YBMK membalas whatsapp saya (saya kirim gambar-gambar ketika lawatan)
dengan berkata, “Terima kasih doc. Saya sudah pun berada di Pejabat Menteri.”
Ya Allah...Kau
kurniakanlah kekuatan kepada Dr Adham Baba.
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment