Dalam masa seminggu,
jumlah kes Covid seluruh dunia telah naik dari 198,000 ke lebih 420,000 semalam
dengan jumlah kematian 18,810 orang.
Hampir semua
negara-negara barat dengan ekonomi yang maju kini menghadapi cabaran yang besar
untuk membendung virus.
Satu orang dari
setiap 900 penduduk Itali dan Switzerland telah dijangkit.
Negara India dengan
jumlah penduduk 1.2 bilion juga telah dilockdown semalam - iaitu langkah
perintah berkurung paling besar dalam sejarah.
Loading...
Virus Covid ini satu
ancaman yang paling besar dihadapi dunia sejak 100 tahun dahulu.
Saya amat harap
negara-negara yang sedang mempercepatkan usaha mencari ubat dan vaksin akan
berjaya dalam masa yang paling singkat.
Setelah ada ubat dan
vaksin, Covid akan menjadi seperti penyakit selsema biasa,
Ini seperti penyakit
smallpox dan TB yang pada satu masa dahulu merupakan ancaman yang tidak kurang
besar atau lebih besar berbanding Covid.
Tetapi setelah ubat
dan vaksin berjaya dihasilkan, wabak-wabak itu dapat dikawal dan tidak lagi
menjadi ancaman.
The world and
Malaysia will always survive.
Mohon Allah
selamatkan kita semua. - NAJIB RAZAK
#dudukrumah
#stayathome
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment