(Video di bahagian bawah)
Beberapa hari lalu,
seorang pengulas isu semasa di program TV Taiwan mencetus kemarahan Rakyat
Malaysia kerana telah memfitnah negara kita.
Antara yang difitnah
mereka ialah Malaysia sudah gagal melawan Covid dan situasi sudah tidak
terkawal sehingga Malaysia terpaksa mengebumi jenazah mangsa terkorban Covid di
tepi jalan.
Lalu posting FB
rasmi program tersebut dikecam lebih 100,000 netizen.
Timbalan Menteri
Pendidikan Dr. Mah Hang Soon dari MCA juga telah menghantar protes rasmi kepada
pihak Taiwan:
Loading...
Akibatnya, program
Taiwan itu telah memohon maaf secara terbuka semalam.
Pengulas isu semasa
yang mencetuskan kemarahan hari itu telah menggunakan graf yang saya buat dan
post dalam FB saya pada hari Ahad lalu untuk merumuskan bahawa trend jumlah kes
baru Malaysia yang stabil berbanding negara Itali ialah bukti bahawa langkah-langkah
Malaysia melawan Covid adalah efektif.
Jangan ulang lagi,
ye.
Negara kita sendiri
sudah ada banyak fake news dan video fake yang tular.
Sebab itu, kita tak
perlu mengimport fake news berhubung kita dari negara lain. - NAJIB RAZAK
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment