Ada penulis media
sosial PH yang tulis dalam komen posting saya tadi bahwa hutang RM32 bilion
1MDB telah menjahanamkan Malaysia, kita perlu timbus hutang ini kerana wang
sudah hilang dan kita langsung tak dapat apa-apa pulangan daripadanya.
Sebab itu, saya
jawab tuduhan ini sekali lagi serta mengemukakan soalan-soalan cepumas bagi
pemimipin PH korang.
Baca perlahan-lahan.
Perhatikan dengan teliti gambar-gambar yang saya lampirkan juga.
1. Menyelesaikan
masalah perjanjian penjana elektrik bebas (IPP) berat sebelah ketinggalan PM
ke-4 yang menyunmbang RM8 bilion hingga RM10 bilion kepada PETRONAS setiap
tahun untuk tempoh 20 tahun yang akan datang.
Saksi telah mengaku
peranan 1MDB itu dalam Mahkamah. (tengok gambar)
Dengan penyelesaian
itu juga, harga saham TNB naik tiga kali ganda dari RM5 hingga RM16 setelah
keuntungan TNB berganda naik. Ini memberi manfaat kepada semua ahli
Tabung-tabung rakyat seperti KWSP, PNB, Tabung Haji dan KWAP.
Loading...
SOALAN CEPUMAS BAGI
PH: Adakah masalah legasi IPP berat sebelah telah diselesaikan oleh Najib
dengan pertolongan 1MDB.
Jika belum, kenapa
PH sejak tahun 2012 tidak pernah lagi bangkitkan tuduhan ini yang dulu korang
kata merugikan negara sebanyak RM20 bilion setiap tahun?
Adakah RM20 bilion X
20 tahun itu lebih besar atau lebih kecil berbanding hutang RM32 bilion 1MDB?
Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155694068535952
2. 1MDB membina atau
menaik taraf lapan pangkalan udara negara termasuk pangkalan udara Sendayan
yang merupakan pangkalan paling besar dan paling moden dalam negara.
SOALAN CEPUMAS BAGI
PH: Kenapa pemimpin PH tak pernah sebut tentang 8 pangkalan ini yang dibiayai
1MDB? Tak penting ke pangkalan udara bagi negara?
Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156278758815952
3. Projek Bandar
Malaysia dengan nilai pembangunan RM140 bilion di mana kerajaan PH telah
menjual sebahagian dari projek ini dengan harga RM7.41 bilion pada bulan April
tahun ini.
SOALAN CEPUMAS BAGI
PH: Adakah RM140 bilion dengan keuntungan minima RM92 bilion itu lebih besar
atau lebih kecil berbanding hutang RM32 bilion 1MDB?
Dan adakah projek
ini amat penting dan projek jual negara?
Kita tanya PM ke-7:
"Perdana
menteri berkata Bandar Malaysia akan memberikan impak signifikan terhadap
ekonomi Malaysia berikutan ia akan berperanan sebagai hab untuk menarik lebih
banyak syarikat multinasional berimpak tinggi global serta menawarkan potensi
tindakan bersama dalam bidang kewangan, teknologi dan keusahawanan.
“Dengan jangkaan
nilai pembangunan kasar atau GDV RM140 bilion, ia akan menjana impak besar
terhadap pembangunan bandar untuk Malaysia bagi menarik lebih banyak pelaburan
langsung asing,” katanya.
17 Dis 2019: Projek
Bandar Malaysia bukti kerjasama baik Malaysia-China (masa kerajaan PH menjual
sebahagian dari projek Bandar Malaysia ini dengan harga RM7.41 bilion sambil
mengambil gambar beramai-ramai untuk claim kredit projek ini, lalu Guan Eng kata
semasa bajet 2020 bahawa kerajaan terbeban dengan membayar RM2.7 bilion untuk
hutang 1MDB dalam tempoh 3 tahun ini pulak)
4. Projek TRX dengan
nilai pembangunan RM40 bilion.
SOALAN CEPUMAS BAGI
PH: Adakah projek TRX ini bagus, menguntungkan negara, penting untuk negara dan
bukan sekadar satu lubang besar dalam tanah seperti pernah didakwa PH?
Kita tengok apa yang
Lim Guan Eng jawab:
12 Feb 2019: LGE
describes RM40b TRX as one of Malaysia's best assets, beckons investors to take
part in development
Loading...
5. Perjanjian
penyelesaian dengan IPIC di mana syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu berjanji
untuk memulangkan segala dana yang disyarki hilang sebelum 30 Disember 2020.
SOALAN CEPUMAS BAGI
PH: Kenapa pula PH tak pernah jawab bahawa Najib dah selesaikan wang yang
didakwa hilang dan syarat kembalikan wang ini ada dalam perjanjian
penyelesaian?
Keran jika
diberitahu kepada Rakyat maka 1MDB tiada lagi wang yang hilang (cuma tunggu
masa untuk dibayar balik) dan Najib bukan perompak atau penyamun.
Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156801028485952
SOALAN CEPUMAS
TAMBAHAN: Hutang 1MDB adalah RM32 bilion. Kenapa dalam masa 22 bulan rejim
gagalkrasi PH, mereka tidak pernah membayar balik atau mengurangkan satu sen
prinsipal hutang ini?
Kerana hutang itu
memang belum sampai tempoh untuk dibayar. Siapa yang suruh kita perlu bayar
segala hutang ini sekarang?
Hutang ini adalah
sampai tahun 2038 - iaitu selaras dengan projek-projek pembangunan TRX RM40
bilion dan Bandar Malaysia RM140 bilion yang juga memerlukan masa 20 tahun
untuk diselesaikan dengan sepenuhnya?
Selain wang yang
dibayar balik oleh PH, hutang RM32 bilion juga akan dibayar balik dengan
keuntungan serta pulangandari projek-projek tersebut.
Lagipun, kenapa pula
hutang RM32 bilion yang banyak aset boleh memufliskan negara tetapi rejim
gagalkrasi PH tambah hutang negara sebanyak RM140 bilion tak memufliskan negara
pulak?
Cuba tanya mana-mana
pemimpin PH untuk jawab soalaan-soalan di atas. - NAJIB RAZAK
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment