Lanjutan tempoh PKP
sehingga 14 April ini memberi banyak tekanan emosi dan ekonomi kepada rakyat
bawahan dan M40 aras bawah.
Kita faham kerajaan
perlu melanjutkan agar memudah usaha mengawal is pandemik ini.
Cuma tidak
sewajarnya Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham Abdullah dan Ketua Polis
Negara, Tan Sri Hamid Bador mahu mengugut rakyat.
Noor Hisham
dilaporkan berkata, "I’ve been using the carrot for the past couple of
weeks but perhaps it is time for us to use the stick. The choice is the
public’s. ”
Manakala Hamid Bador
memberitahu media " Jangan terkejut kalau kena gari langgar PKP."
Loading...
Dua kenyataan ini
jelas mahu menyelamatkan diri dari kritikan umum dan menyalahkan rakyat atas
merebaknya Covid-19.
Sedangkan hari ini
Perdana Menteri menyatakan tahap kepatuhan rakyat kepada arahan PKP ialah 95%,
jadi mengapa ketua-ketua operasi ini masih cuba menyalahkan rakyat atas
penularan wabak ini.
Kenyataan Noor
Hisham jelas menunjukkan kelemahan beliau menangani wabak ini.
Dalam menangani
pandemik (yang telah diketahui sangat berbahaya sejak Januari 2020) mengapa
sehingga berminggu lalu beliau masih tidak bertindak tegas? Mengapa cerita
"Carrot" jika boleh gunakan 'stick' sejak awal?
Menangani pandemik
bukan seperti membuat kempen ambik vaksin atau jaga kebersihan diri. Ia harus
diuruskan dengan cekap dan tegas sejak awal.
Loading...
Mengapa tiada
persediaan mendapatkan kit ujian lebih banyak sejak Februari 2020. Mengapa
sudah terhantuk baru tergadah.
Sekarang semua
rakyat terpaksa menanggung beban berkurung selama dua puluh lapan hari dan
Ketua Pengarah Kesihatan masih mahu bercakap soal salah rakyat?
Kita mahu tahu
berapa banyak kes penularan ini akibat kegagalan pematuhan kepada PKP atau ia
kes-kes lebih awal yang gagal ditangani oleh kementerian kesihatan?
Misalnya mengapa kes
kluster tabligh belum selesai sepenuhnya sehingga minggu ini? Bukankah
sepatutnya dari awal diarahkan pencarian besar-besaran menggunakan semua
jentera penguatkuasa?
Bukankah Kementerian
sendiri tidak mempunyai kemampuan mengadakan ujian besar-besaran ke atas
perserta tabligh kerana kekurangan kit ujian dan makmal berkemampuan?
Noor Hisham juga
telah mengarahkan kluster tabligh mengadakan kuarantin rumah sebelum mendapat
keputusan ujian. Sepatutnya mereka dikuarantin ditempat lain. Apabila kuarantin
rumah maka ia telah menjangkit kepada keluarga pula.
Selain kluster
tabligh, dari mana datang jangkitan lain? Apakah tindakan drastik kerajaan
sebelum perkara ini jadi berlarutan?
Jadi sebelum
menunding jari kepada rakyat, kerajaan juga harus menunjukkan keseriusan mereka
dalam mengawal wabak ini terutama mengenal pasti mereka yang bersiko dijangkiti
dan mengkuarantin mereka. - AB JALIL BACKER
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment