Saya tahu ramai yang
hilang pendapatan sedang mengeluh dengan pelanjutan PKP ke 14 April.
Kerajaan PN akan
mengumumkan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh pada
hari Jumaat.
Sebab itu, kita
bersabar untuk dua hari lagi.
Hari Jumaat, PM8
akan umum.
Dan saya harap
kerajaan PN akan menyalurkan bantuan ini sebaik sahaja ianya diumumkan kerana
hari Jumaat adalah hari ke-10 PKP berjalan.
Peniaga kecil,
pekerja harian, petani, peladang, dan sebagainya yang sudah hilang pedapatan
selama 10 hari amat perlu bantuan tunai yang mencukupi dengan segera.
Kerajaan tidak boleh
kedekut dan perlu bertindak pantas pada masa ini.
Loading...
Selain bantuan yang
diumumkan, mekanisme untuk menyalurkan bantuan kerajaan juga sangat penting.
Kerajaan tidak boleh
bergantung kepada database penerima BSH sahaja apabila menyalurkan bantuan
kerana ianya sudah ditapis berkali-kali oleh rejim PH yang kedekut dan sangat
berkira sehingga ramai yang patut dibantu telah hilang kelayakan termasuk orang
bujang di bawah umur 40 tahun dan ibu tunggal.
Pantang untuk
gunakan database BSH ini sahaja,
Gunakanlah database
yang lebih menyeluruh dan meluas.
Lagi besar database,
lagi ramai yang boleh dibantu dengan serta-merta.
Proses rayuan bagi
mereka yang tidak menerima bantuan kerajaan juga patut dipermudahkan dan
dipercepatkan.
Pada masa kritikal
ini, apakah dosa kerajaan jika tersalah bantu orang yang kononya tidak layak
dibantu?
Masa ini bukan masa
untuk berkira jika seseorang itu layak atau tidak layak.
Ianya lebih baik
untuk tersalah bantu 2 orang yang tidak layak berbanding gagal membantu seorang
yang memang memerlukannya.
Loading...
Kerajaan BN dahulu
masa saya PM meninggalkan rizab dan kekayaan negara yang besar.
Inilah masa ianya
digunakan untuk membantu seberapa Rakyat yang mungkin.
Jangan bimbang.
Kerajaan boleh
membina semula Rizab dan kekayaan negara selepas krisis Covid berlalu.
Dulu kita mampu
bina, masa depan pun kerajaan mampu bina semula.
(Cuma pada masa
depan, jangan lantik lagi seorang Menteri Kewayangan yang hanya reti jualkan
semua dan langsung tak tahu dia sedang buat apa) - NAJIB RAZAK
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment