Frontliners atau
petugas hadapan kesihatan ini ialah mereka yang berada di hospital, berhadapan
dengan pesakit dan mengambil risiko insiden tempat kerja.
Mereka ini tidak
sewajarnya kita krtik secara terbuka menamakan individu terbabit. Jika ada
masalah buat aduan kepada pihak berkuasa.
Manakala mereka yang
berada di Kementerian Kesihatan Malaysia sama ada Menteri atau Pengarah
Kesihatan lain adalah pembuat polisi.
Mereka boleh dan
harus dikritik dan ditegur secara terbuka.
Mereka penat, rakyat
pun penat.
Mereka penat tapi
masih dibayar gaji yang lumayan. Rakyat penat sudah ada yang terpaksa mengemis.
Loading...
Jadi janganlah
datang komen “kamu tahu apa mereka sudah buat yang terbaik”, sedangkan bila
kita lihat balik banyak isu yang tidak diurus dengan baik.
Hanya negara komunis
menganggap mengkritik pembuat polisi sebagai satu kesalahan.
Sebelum komen kena
tahu beza antara orang kritik untuk memperbaiki keadaan dengan orang yang ada
agenda hendak menjatuhkan individu tertentu.
Orang kritik ia
hanya tulis pandangannya, beri hujah dan fakta lalu “move on”.
Orang yang mempunyai
agenda peribadi ia akan menyerang, memperlekeh dan memfitnah orang yang beliau
kritik.
Kalau kita mahu
negara menjadi lebih baik kita harus terbuka kepada kritikan yang membina dan
berfakta.
Taksub membuta tuli
berdasarkan imej media tidak akan memulihkan negara ini. - AB JALIL BACKER
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment