KENYATAAN MEDIA
MENTERI PENGANGKUTAN
MALAYSIA
24 MAC 2020
OPERASI PERKHIDMATAN
PENGANGKUTAN AWAM SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
1. Sepertimana yang
telah diumumkan oleh Menteri Kanan (Pertahanan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
bertarikh 23 Mac 2020, Kementerian Pengangkutan ingin sekali lagi menegaskan
bahawa semua mod pengangkutan awam di seluruh negara hanya akan dibenarkan beroperasi
dari jam 6 pagi ke 10 pagi dan 5 petang ke 10 malam sahaja setiap hari,
berkuatkuasa mulai 25 Mac 2020 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).
2. Mod pengangkutan
awam darat yang terlibat adalah bas henti-henti, bas percuma seperti GoKL dan
Smart Selangor, semua feeder bas, perkhidmatan rel LRT, MRT, Monorel, ERL dan
KTMB. Bagaimanapun, perkhidmatan teksi dan e-hailing masih boleh meneruskan operasi
seperti biasa, mengikut garis panduan yang telah ditetapkan sebelum ini.
3. Kementerian ini
mengambil maklum bahawa mod pengangkutan awam merupakan mod pengangkutan yang
menjadi kebergantungan masyarakat khususnya golongan B40. Keputusan ini adalah
sukar untuk diputuskan, namun begitu, bagi memastikan PKP dapat dilaksanakan dengan
lebih berkesan dan selari dengan tujuannya iaitu memutuskan rantaian jangkitan
pandemik Covid-19 dengan mengelakkan orang ramai daripada berhimpun termasuk di
dalam pengangkutan awam, tempat perhentian atau stesen dan terminal.
Loading...
4. Selain itu,
terdapat juga laporan mengenai penurunan peratusan penumpang yang menggunakan
mod pengangkutan awam sejak PKP dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 lalu.
Statistik penurunan penumpang adalah seperti berikut ;
BAS termasuk bas
henti-henti, bas percuma seperti GoKL dan Smart Selangor, semua feeder bas
(penurunan sebanyak 91.63%)
16 Mac 2020 :
233,500 penumpang.
22 Mac 2020 : 19,540
penumpang.
KOMUTER (dari 18 –
22 Mac 2020 dengan penurunan secara purata 89.25%)
6 pagi – 10 pagi :
dari 35,050 turun kepada 3,768 penumpang.
10 pagi – 5 petang :
dari 11,683 turun kepada 1,256 penumpang.
5 petang – 10 malam
: dari 31,156 turun kepada 3,350 penumpang.
RAPID RAIL termasuk
LRT, MRT, Monorel (penurunan sebanyak 95.09%)
16 Mac 2020 :
578,716 penumpang.
22 Mac 2020 : 28,409
penumpang.
ERL (penurunan
sebanyak 87.08%)
16 Mac 2020 : 14,642
penumpang.
22 Mac 2020 : 1,892
penumpang.
Loading...
5. Namun pada masa
ini, perkhidmatan bas ekpress di Semenanjung Malaysia masih diteruskan
operasinya, bertujuan menyediakan keperluan yang terhad kepada individu yang
terlibat dalam menyediakan perkhidmatan penting atau essential sahaja.
6. Kementerian
Pengangkutan Malaysia tidak mengarahkan mana-mana operator bas ekspres untuk
menghentikan terus perkhidmatan mereka. Namun, Kementerian juga tidak mempunyai
sebarang halangan sekiranya terdapat operator bas ekspres yang terpaksa
mengurangkan trip atau bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan
mereka sepanjang tempoh PKP ini memandangkan permintaan menurun secara mendadak
ke atas perkhidmatan bas ekspres.
7. Kementerian ini
juga bekerjasama dengan semua Kerajaan Negeri di seluruh negara bagi memantau
perkembangan terkini di terminal dan jalan raya dari semasa ke semasa, bagi
tindakan yang selanjutnya untuk sektor perkhidmatan pengangkutan awam.
8. Sekali lagi saya
ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak keluar dari rumah, melainkan
sekiranya benar-benar perlu sahaja. Ini bagi memastikan keberkesanan PKP yang
bertujuan memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 ketika ini. Sebarang
aduan / pertanyaan sila e-mel ke aduan@mot.gov.my , atau WhatsApp ke
019-2907723. Hotline MOT : 1800-88-7723 (8am-8pm). Atau boleh menghubungi Pusat
Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara, di talian 03-88882010.
Datuk Seri Ir Dr Wee
Ka Siong
MENTERI PENGANGKUTAN
MALAYSIA
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment